Pada tahun 1993, Habib Ali menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Bondowoso, Indonesia. Sebelum pulang, Habib Ali mendapat perkhabaran bahawa keluarga Ben Hafidz akan datang ke Bondowoso. Habib Ali menunda perjalanan pulang ke Jakarta kerana ingin bertemu dengan keluarga tersebut. Ketika itu, Habib Ali masih belum mengenali Habib Umar.
Setibanya Habib Umar di Bondowoso, Habib Ali berpeluang bertemu dengan beliau secara khusus. Pada waktu itu, Habib Umar bertanyakan soalan dalam Bahasa Arab, dan Habib Ali menjawabnya dalam Bahasa Arab juga, kerana mempunyai sedikit kebolehan dalam bahasa tersebut.
Lalu Habib Umar bertanyakan kepada Habib Ali:
“MasyaAllah, Anta belajar Bahasa Arab? Di mana?”
“Ya, di Pondok” jawab Habib Ali.
“Mahu belajar di tempat saya? Selepas setahun dua, pergilah ke mana sahaja anta mahu pergi.”
“Kalau saya pergi dengan antum, saya pergi Habib” jawab Habib Ali secara spontan.
Kata Habib Umar, “Ahlan Wa Sahlan”.
Sebelum pulang, ayah Habib Ali membawa Habib Ali mendekati Habib Umar untuk mendapatkan doa daripada beliau.
Semoga Allah SWT memberkati guru-guru kita, memanjangkan usia mereka dan melimpahkan rahmat kepada mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar