Tampilkan postingan dengan label SEPULUH AMALAN AHLI SYURGA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label SEPULUH AMALAN AHLI SYURGA. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 27 April 2019

SEPULUH AMALAN AHLI SYURGA


Pertama :

Qiamullail, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah makbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua :

Tilawah  Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga :

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh dan isyak. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah dan untuk Allah berikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka.

Keempat :

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, manfaat solat dhuha sangat dahsyat dalam mengundang rezeki...

Kelima :

Jaga sedekah setiap hari. Kalau boleh amalkan sedekah subuh kerana di sana Malaikat sedang menanti untuk doakan orang yng bersedekah subuh. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda. Teman setia yng sedang menunggu kita di mahsyar nanti adalah sedekah.

Keenam :

Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hambaNya yang
sentiasa berwuduk. Kata Imam Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk senantiasa akan merasa dalam solat walau ia tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah”.

Ketujuh :

Amalkan istighfar setiap saat. Kerana dengan istighfar Allah akan ampun dosa kita walaupun dosa kita sebesar dunia ini. Hati yng penuh dengan dosa akan menyebabkan nur hidayah Allah tidak akan menembusi hati yang disaluti najis dosa. Jadi basuhlah hati kita dengan istighfar pasti nur hidayah Allah akan terus memancar masuk ke lubuk hati kalian. Apabila Nur hidayah masuk maka banyaklah pertolongan Allah yang akan memandu kalian ke jalan syurga.

Kelapan :

Berjalan ke majlis-majlis ilmu dan zikir kerana di sana malaikat sedang menanti untuk doakan mereka yng berada dalam majlis ilmu dan zikir dan janjikan jalan ke syurga bagi mereka yang berjalan ke majlis ilmu dan zikir. Rebutlah peluang keemasan ini jangan sampai terlepas.

Kesembilan :

Memberi makan kepada manusia atau binatang. Kerana Nabi Ibrahim Khalillullah tidak akan makan kecuali bersama tetamunya di sepanjang hidupnya.

Kesepuluh :

Sebarkan salam kepada orang yang kita kenal atau pun kepada orang yang tidak kita kenal. Kerana dalam ucapan salam itu terkandung banyak rahasia yang tersimpan.