Langsung ke konten utama

Postingan

Menampilkan postingan dengan label PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT

PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT

kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama _Sya’ban RA._ Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid. Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah. Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah. Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah saw mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa. Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA. Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA. Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yang ditunggu belum juga datang.