Pada suatu ketika, Ummu Sulaim r.anha ditanya Rasulullah ﷺ tentang sebotol air yang disimpannya. Beliau menjawab bahawa itu adalah peluh Baginda ﷺ untuk mengambil keberkatan darinya dan menjadikannya wangi-wangian kerana tersangat harum.
Pernah juga Rasulullah bersalaman dengan para sahabat lalu mereka mendapati berkas tangan itu masih harum sehingga ke petang. Dan sekiranya Baginda ﷺ mengucup ubun-ubun anak kecil nescaya diketahui bahawa anak tersebut telah disentuh Baginda ﷺ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar